Saya mencadangkan kepada isteri saya akan keinginan mendaki gunung Kinabalu. Isteri saya bersetuju. Saya rasa amat teruja kerana berpeluang daki Kinabalu bersama-sama isteri. Kami bercadang untuk mendaki pada 11.11.2018, iaitu pada tarikh ulangtahun perkahwinan kami. Kebetulan pada bulan yang sama, sekumpulan bekas pelajar MRSM (ANSARA), yang menggelar kumpulan mereka “ANSARA Silver Warrior’ juga turut merancang pendakian sempena 25 tahun ANSARA. Kami pun buat tempahan pendakian bersamaan tarikh pendakian kumpulan ‘Ansara Silver Warrior’. Kami tempah seawal bulan Februari 2018 untuk pendakian pada bulan November. Hari pendakian kami adalah pada 2 November 2018.
Memandangkan isteri saya buat pertama kalinya ingin mendaki dan juga trip ini bagaikan ‘honeymoon’ untuk kami, saya memilih pakej yang agak selesa dan privasi sedikit. Kami elakkan dari duduk di dorm samada di Kinabalu Park mahupun Laban Rata. Kami memilih pakej 3 Hari 2 malam dari Sutera Sanctuary Resort yang menyediakan penginapan di Kinabalu Park. Pakej in termasuk 1 hari penginapan bilik berdua di Hill Lodge, Kinabalu Park sehari sebelum pendakian dan penginapan bilik berdua (VIP) di Laban Rata. Pakej ini adalah pakej ‘Full Board’, termasuk 2 kali sarapan, 2 kali makan tengahari, 2 kali makan malam dan 1 kali supper. Kos pakej ini adalah RM1,500 seorang.
Hill Lodge di Kinabalu Park agak eksklusive. Chalet untuk berdua yang lengkap dengan room heater dan water heater. Manakala VIP room di Laban Rata juga lengkap dengan room heater dan water heater. Room Heater agak membantu memberi keselesaan dari kesejukaan.
Antara ko-kos lain selain dari penginapan:

Pengangkutan pergi dari Kota Kinabalu (KK) ke Kinabalu Park – Teksi RM200 (untuk jimat, boleh naik Bas express dari KK ke Kinabalu Park di Terminal Inanam, harga tiket dlm RM25 seorang)
Pengangkutan Balik dari Kinabalu Park ke KK – teksi RM200
Park entrance fee RM3 seorang
Guide fee – RM230
Porter fee – RM13 per Kg
Climb fee – RM50 seorang
Insurance – RM7 seorang
Tambang dari Kinabalu Park Office ke Timpohon gate RM5 seorang

>< >more photo on Mount Kinabalu Climb

Idaman @Mount Kinabalu