Selepas Berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu, kami berhasrat untuk menakluki ke tiga-tiga gunung tertinggi di Asia Tenggara yang juga dikenali dengan ‘Asian Triology’. Mereka ada lah, Gunung Kinabalu (4095m), Malaysia, Yushan Mountain (3952m), Taiwan dan Fuji Mountain(3776m), Jepun.

Ada yang kelasifikasikan pendakian Yushan Mountain ini sebagai ‘mudah’. Bagi kami yang bukan pendaki tegar ini, tiada gunung yang mudah untuk didaki. Jika dibandingkan dengan pendakian Kinabalu, di Kinabalu kami berdua ditemani Malim Gunung yang juga bertindak sebagai porter kami. Jadi semua barang porter yang bawa di Kinabalu. Tapi di Yushan, porter pun tidak lah mudah didapati. Kami bawa semua barang kami sendiri. Ini termasuk makanan yang perlu kami bawa sendiri. Kami juga perlu memasak sendiri makan. Maklumlah tiada makanan halal di Paiyun Lodge.

Jika dibanding dengan Kinabalu, kos permit agak murah berjumlah Taiwan Dollar NTD480 seorang bersamaan RM60, termasuk penginapan 1 malam di Paiyun Lodge, tidak termasuk kos makan. Pendakian tidak diwajibkan mengambil malim gunung atau guide. Boleh dikatakan kos mendaki di Yushan jauh lebih murah dari Kinabalu.

FUJI X-E3 | Lowa 9mm | ISO 800 | f8 | 1/250sec
Trek ke peak banyak melalui lereng-lereng gunung. Pemandangan yang indah dan ada kala agak mengayatkan.

Perancangan adalah penting dalam apa pun perkara yang kita ingin lakukan. Untuk pendakian Yushan ini, kami bahagikan peracangan kami kepada beberapa aspek:

  1. Perancangan tarikh mendaki
  2. Permohonan permit mendaki
  3. pembelian tiket penerbangan
  4. pengangkutan dari Taipei ke Yushan National Park
  5. Keperluan makanan dan minuman


Perancangan tarikh mendaki

Memilih tarikh yang sesuai adalah amat penting kerana Taiwan adalah sebuah negara yang mempunyai 4 iklim. Yushan adalah sebuah gunung yang dilitupi salji pada musim sejuk. Kebiasannya Yushan National Park akan ditutup pada musim sejuk. Kita boleh tahu tarikh-tarikh bila Yushan ini dibuka untuk orang ramai dengan membuat semakan di laman web Taiwan National Park. Ini adalah laman web yang wajib anda lawat sekiranya anda sendiri yang menguruskan pendakian. Segala pengumuman berkaitan pembukaan dan penutupan trail untuk pendakian akan diumumkan di sini. Satu lagi perkara yang amat penting tentang lama web ini adalah permohonan permit untuk pendakian.

FUJI X-E3 | 18-55mm | ISO 800 | f5.6 | 1/250sec
Tiada gunung yang mudah. Sentiasa pastikan aspek keselamatan dan berhati- hati.

Suka juga ingin saya ingatkan di sini, sebaik-baiknya pendakian tidak dipilih pada hujung minggu Sabtu atau Ahad kerana pihak park memberi keutamaan rakyaat tempatan Taiwan untuk mendaki. Mereka mengguna sistem undian untuk menentukan slot untuk pendaki. Saya pilih mendaki pada hari Khamis. Jadi kami tiada masalah untuk mendapatkan slot mendaki.

Permohonan permit mendaki

2 permit yang perlu dipohon:

  1. Taiwan National Park Permit
  2. police permit

Taiwan National Park permit boleh dipohon di laman web Taiwan National Park. Dalam buat permohonan antara perkara yang perlu dikenal pasti ada lah pemilihan trek dan peak. Ini adalah kerana terdapat beberapa peak dan trek di Yushan seperti Front Peak, south Peak, North Peak, Main Peak dan beberapa lagi. Dalam permohonan perlu dinyatakan trek dan peak yang dituju.

Kami memilih kearah Main Peak, iaitu peak yang tertinggi pada 3952m. Dalam permohonan kami nyatakan trek kami ‘Takata Saddle (gate mula) —> Paiyun Lodge —-> Main Peak ——> Takata Saddle. Peerjalanan ini adalah untuk 2 hari satu malam dimana kami bermalam di Piyun Lodge sebelum naik ke Main Peak pada awal pagi dan kemudian terus turun balik.

Manakala untuk permit polis, permohonan boleh dibuat di sana kerana balai polis hanya bersebelahan tempat Penyerahan National Park permit sebelum memulakan pendakian. permit polis boleh juga dipohon secara online di https://nv2.npa.gov.tw/NM103-604Client/. Tapi, bersedialah cari kawan yang pandai Mandarin kerana tiada terjemahan.

FUJI X-E3 | Lowa 9mm | ISO 6400 | f2.8 | 30 sec
Pemadangan beribu bintang ketika memulakan pendakian awal pagi untuk ke peak

Maaf….. work in progress