Podeksen Kebanggaan Negeri Sembilan

Gambar ini saya ambil pada tahun 1990 di pantai 'Blue Lagoon', PoDeksen(PD). Zaman filem ni. Pokok ni pun dah lama tak wujud.

Putar balik masa sekitar tahun 70an, masih ingat lagi pokok bakau ini masih hidup segar lebat daun-daunnya. Ini lah pokok yang kami panjat dan lompat tiruk ke dalam air laut yang jernih. Saya sangat pasti ianya jernih masa itu kerana kami rajin menyelam disebalik batu-batu yang mana kami dapat jelas tenguk ikan-ikan dalam air.

Sekitar 1980an, projek gergasi 'Kota Impian' Duty Free Zone Resort City taman tema, pusat permainan, marina, kondominium, dan kawasan komersial di canangkan. (orang Podeksen panggil 'mini Disneyland') , maka laut di sekitar pekan PD di tambak, pasir dari tengah laut di korek dan dipindahkan untuk tambakan pantai oleh syarikat besar Safuan Holding.

1986, recession menjenguk, maka terbenkalailah projek impian.

Projek inilah titik tolak kemusnahan pantai-pantai di PD. Apabila pasir-pasir laut dikorek untuk tambak Pokan Podeksen, pantai-pantai sekitar PD mula terkesan dengan hakisan. Pasir-pasir laut halus mulus di pantai 'Blue Lagoon' seolah-olah telah ditarik dan dihanyutkan oleh ombak kuat ke tengah laut. Proses ini menghakis lapisan pasir pantai. Pantai menjadi berbatu dan kasar.

2026.... sedih... masih ada lagi projek tambakan laut di PD. Hibiscus Resort... tambah lagi water chaletnya, korek lagi laut untuk tambak. Pantai Batu 10 1/2 di mana resort private seperti Bank Negara, Polis, Felda kini sudah tiada pantai lagi... Pantai PD memang semakin parah.

Siapa yang memerintah sekarang?? hahaha.. ada juga nak selit politik.

SELAMAT MENGUNDI orang N9. Hobin Jang Hobin.